Tuesday, May 31, 2011

- ARSENAL vs Malaysia -


Arsenal akan buat friendly matches dengan team Malaysia
Agaknye diorang nampak prospect kot
kalo lawan dengan Malaysia?
Huhuhu :)

Dah, back to the real story
Aku baru je perasan yang Arsenal akan
buat friendly match dengan Malaysia.
So, aku try la contact member-member aku yang lain.
Tanya diorang tengok ke tak?
Tup tap tup tap...
Sekali tengok diorang dah beli tiket awal-awal
Aku agak speechless jugak la.
Sebab takde tanye aku.
Tapi, takpe la.
Tak amek hati mana sangat pun.
Huhuhu :)

Esok, kena carik jugak tiket tu.
Nak tengok sendiri Arshavin depan mata
running at the pitch, dribble, passing and so on.
Lagi best kalo die 'sign' kasut futsal aku tu.
 Heeeeeee. :)

Nike5 T-1, harap dapat di'sign' oleh beliau. Heeee :)
Andrei Arshavin.

Tuesday, May 24, 2011

- lega -


Tamat sudah.
Alhamdulillah.
Penuh dengan B.
Again, Alhamdulillah.
Papepon, syukur kepada Allah
dan trimas kepada lecturer dan rakan-rakan
dan terutamanya
kepada family aku
eiiisshhh, suka sangat sampai tak tau nak tulis pe
hihihi :)

again, thanks a lot.

Errrr,hammer. Ko pun membantu jugak, heeee.

Sunday, May 22, 2011

- convo -


thanks you guys
walopon bukan aku yang konvo
tapi korang menyebabkan 
cam aku yang konvo
huhu.
:)

Tuesday, May 17, 2011

- sport coupe -


boleh ke?
agaknye la kan
kalo tiap-tiap minggu saving RM50
mampu tak angkat kereta mahal?
angkat kening ko tinggi-tinggi
boleh la

=.='
(satu lagi mimpi seorang budak hingusan)

Honda Integra DC5

Monday, May 16, 2011

- superbike -


boleh ke?
agaknye la kan
kalo tiap-tiap minggu saving RM50
mampu tak angkat superbike?
testing bawak pakcik aku punya GTR1400
pon kena jengketkan kaki
in your dream la.

=.='
(mimpi seorang budak hingusan)

Triumph Daytona 675R

Sunday, May 15, 2011

- Hari Guru -


Salam sumer, puas dah sambut Hari Guru? Hahaha! Pape pon aku nak wish kat semua cikgu aku yang pernah ngajo aku start dari SK Montfort, SAKTI, KPTM Kuantan and so on. Also not to forget all my friends that will become teacher in the future :)

Aku takde la jahat sangat atau baik sangat kat sekolah. 50-50 la. Bile teringat balik masa belajar dulu, memang banyak la benda bongok sepanjang aku belajar ni. Antaranye, masa aku kat SAKTI dulu, masa aku Form 4. Aku ingat lagi camne aku kuar ikut pintu belakang bile cikgu Add Math dengan Math masuk kelas dulu. Hahaha. Pastu gi bilik rawatan kat asrama, ngadu kat Kak Suhara demam. Dapat la escape class untuk satu hari tu. Banyak jugak dulu aku escape class masa kat SAKTI dulu, even though it is SBP. Setahun average 20 kali jugak la. Maybe? =.='

Then masa sekolah rendah dulu, aku ni hyperactive. Disebabkan hyperactive aku ni, aku selalu kenakan cikgu Muzik aku. Yela, cikgu Muzik aku lawo. Nak dapat perhatian punya pasal, belajar la men recorder (tau kan?). Bila dapat men, kompem cikgu Muzik tu usap kepala. Buahahaha! Kids those day. Then, cerita tak abes time tu. Aku dah standby satu kertas tulis ' Smile, You're On Candid Camera '. So tangan aku lagi satu tu aku tampalkan kat belakang baju die. For sure la, orang akan gelakkan die. Hahaha, sumpah jahat sial aku dulu.  :D

Masa kat KPTM ni pulak, aku ingat camne lecturer aku kejut aku kat bilik. Masa aku semester 3, aku tengah sedap-sedap tido, sebab malas nak gi kelas ESE 121. Kira aku ponteng la time tu, sebab semalamnye test. Otak penat pikir, sok tido is the best solution la kan. Hehehe. Then de orang ketuk pintu bilik aku tu, aku pun dengan mamainye gi la kat pintu tu. Bile bukak je, Ya Allah! Aku nampak Encik Sairul, yang ngajo ESE 121, kasi test paper aku. Hahahaha! Alhamdulillah la dapat B+ untuk paper beliau. Thanks a lot Encik Sairul, walaupun anak murid mu ini sentiasa ponteng kelas mu. Hahahaha!

Pape pon, a lot of thanks for all of the teacher that have teach me since I was a little until I've grown up. Your good deed cannot be paid by values of Ringgit Malaysia, errr entah betul ke tak bahasa aku ni? Hahaha! Selamat Hari Guru!  :)

Saturday, May 14, 2011

- self-titled -


even aku pun tak tau nak post pe
tengok je la gambo yang tak siap edit ni

time kat YTL, buat lawatan sambil belajar.

Wednesday, May 11, 2011

- UniKL -

Semalam aku kuar dengan kakak ipar aku, gi amek MyKid anak die. Tengah dalam kereta tu, baru aku teringat aku de apply kat UniKL. Ya Allah, lupe la pulak? Padahal dah dekat 2 bulan aku apply. Baru teringat nak check.

For those yang belum tahu, UniKL ni universiti swasta yang bergerak under MARA, or can be known as IPMA. Kalo dah nama tu swasta, for sure la kena de banyak duit kan? Mana la aku dan family aku nak cekau duit banyak kan? Ada pro and cons untuk UniKL ni, as I've heard some of my senior and my friends that have experienced at that place. Some of them says belajar jauh lagi senang daripada UiTM, really? Some of them also says yang loan MARA still boleh continue kat sini, really? Adesss, pening la sial. So nak tak nak, aku kena bitau family aku jugak. Discuss punya discuss dekat bape minit, so in the end, aku TAK AKAN masuk UniKL, lainlah kalau aku tak dapat masuk mana-mana universiti. Yela, aku bukan orang pandai, cam dak-dak sekolah aku sumer, depa hebat-hebat. Gi overseas sumer. Ahh! Pedulik pasal diorang.

So kat sini aku letak gambo bukti aku dapat notice dari UniKL tu. :)

click here for viewing large image :)

p/s : sape-sape de info pasal UniKL ni, bitau la...

Thursday, May 5, 2011

- Crows Zero -


Salam sumer, sehat? Sekarang ni aku kat KL, alone where the others were enjoying their trip to Bandung. kerana salah bajet tarikh exam aritu, tak dapat nak follow sekali. Grrrrr.

Biau la, bek aku baca komik Crows Zero sampai abes. FYI, Crows Zero asalnye dari adaptasi manga yang tajuk Crows. Eh? Aku tipu? Lantak la, ikut korang kalo nak caya atau tak. Hahaha! Camne korang tengok dalam filem die tu, camtu la dalam komik, cuma takde hero-hero yang korang tengok tu la. Cam contoh, takde Tamao Serizawa, Takiya Genji, Mikami Brothers and so on

Try la tengok kat Manga Fox, then search Crows. Definitely it will show. :)
the main character at this story

Wednesday, May 4, 2011

- walk -


Learning to walk again
I believe I've waited long enough
Where do I begin?
I'm learning to talk again
Can't you see I've waited long enough
Where do I begin?
 
 
by : Foo Fighters
soundtrack THOR
Foo Fighters

- format -


Salam sumer. Aku rasa baru 2 hari aku duduk rumah, tapi macam-macam aku dah buat. The latest is formatting my own laptop. Dari aku bayau bape puluh ringgit dekat tokey kedai komputer, better aku belajar sendiri how to format it. The result it, satisfaction guaranteed. Heeee :)
 
Dari pukul 11 pagi semalam aku author-author sikit kat YouTube, tengok camne nak start dari BIOS die, ke bahagian primary mana untuk format, format partition and so on. De la dekat 2 jam jugak tercongok kat depan laptop. Pukul 1 tengah hari, start format laptop aku. Aku de la jugak tanya sikit-sikit kat bapak aku, camne nak format ni. Gedebak-gedebuk, pukul 3 pagi settle at last. Siap dah install driver dengan utilities dia sekali. Sumpah aku tido dengan penuh rasa gembira pastu.

Then, pas Subuh, sambung lagi dengan install any software yang patut. CCleaner, Adobe Reader, Photoshop, and so on, dekat pukul 11 jugak settle. Bapak lambat settlekan kerja aku ni. Ni hasil tangan aku pas dah siap format...

Hasil format 23 jam aku.

Install Zune Theme dengan amek gambo dari Jon Burgerman sikit, siap la hasil format sendiri. Sumpah rasa puas hati jugak buat benda alah ni, plus this is my first time experience, although kinda awkward, heeee. Heh? laptop lopek sebab pakai Windows XP? Kesah pe aku, janji aku mampu online, edit gambo guna Adobe Photoshop CS3, download movie dengan lagu and can blogging at my own laptop, that should be more than enough. Hahahaha  :)

p/s : 4 bulan cuti, any idea guys? duit poket lebih amat diperlukan.

Monday, May 2, 2011

- oh! Batu Pahat -


berpisah dengan kawan-kawan kat CLX
bohong la kalo aku kata aku tak sedih
lagi-lagi kat Mat Juki dengan Cougar
3 tahun aku berkawan dengan diorang
dah boleh tau dah perangai sorang

pukul 2.57 P.M
aku dah nampak mak aku depan CLX
Cougar terus pujuk aku
" ko tak payah la balik... "
rasa haru-biru jugak la...
dengan dia la aku selalu merepek
dengan dia la aku selalu bergaduh
dengan dia jugak la aku citer sumer benda
nak tak nak
aku kena gi jugak
Mat Juki pulak dan-dan tolong angkat barang aku
perghhh !
ikutkan aku dah nak nangis dah
tapi still, aku tahan je
aku kena balik jugak
Mat Juki dan Cougar menolong aku
mengangkat barang-barang aku
yang cam sial beratnya.

lepas aku masukkan barang dalam Toyota Estima
pakcik aku...
aku salam sorang-sorang
dan aku sendiri tak tau
aku dapat jumpa lagi ke tak diorang
masuk je dalam kereta Estima tu
aku tengok muka sorang-sorang
sambil sempat menunjukkan muka pelik aku
yang terakhir depan diorang
CLX semakin jauh dari pandangan aku
begitu jugak dengan kawan-kawan aku
lambaian dengan muka pelik je aku balas
pada mereka
jahat sial ko ZULHILMI !

thanks a lot
banyak sangat korang tolong aku
even aku pun tak sempat nak belanja korang
till we meet again at Shah Alam
Insya-Allah  :)

so long friends. till we meet again another 4 months

p/s : start to online at home, and its kinda weird typing at the keyboard.